Leher Digigit, Tekan Tubi 500 Kali

PORT DICKSON: Bukan setakat dipukul dan dipijak hingga terkencing, bapa kandung Nur Aina Nabihah Mohamad, 9, yang juga suspek kes ini dipercayai turut menggigit leher mangsa.

Nur Aina Nabihah meninggal dunia Khamis minggu lalu, dipercayai didera dengan kejam oleh bapa kandungnya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, suspek membuat pengakuan awal berkenaan semasa soal siasat polis semasa tempoh reman.

“Suspek juga mengaku ada menyuruh anaknya melakukan tekan tubi sebanyak 500 kali.

“Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak awal tahun lalu dengan alasan mahu mendidik anaknya yang degil,” katanya.

Zainudin menambah, suspek dan ibu tiri mangsa yang direman sejak Jumaat minggu lalu, dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk pertuduhan kes Isnin ini. – Sinar Online

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.