Najib Lebih Cemerlang Berbanding Tun M

SABAK BERNAM: Rekod pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dilihat jauh lebih cemerlang berbanding bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memerintah selama 22 tahun.

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh, berkata ia berikutan pelbagai program meringankan beban rakyat diperkenalkan Barisan Nasional (BN) di bawah Najib berbanding era Dr Mahathir.

“Dahulu, bantuan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta bantuan lain tiada semasa pemerintahan beliau (Dr Mahathir)

“Malah, apa yang diperkatakan Dr Mahathir ini (menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional) tidak tepat kerana kerajaan BN telah memerintah di Malaysia sejak sekian lama, termasuk ketika beliau menjadi perdana menteri,” katanya.

Pada masa sama, Fasiah berkata, beliau dimaklumkan bahawa bilangan kakitangan awam di negara ini akan dikurangkan jika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

“Kita berasa bimbang jika kerajaan baharu memimpin kerana mereka (PH) ada dasar sendiri dan paling bahaya saya lihat adalah DAP.

“Parti ini (DAP) mempunyai muslihat tertentu. Saya yakin mereka tidak akan menjaga kepentingan orang Melayu. Selama ini, mereka menguasai ekonomi dan kini, mereka ingin menguasai dari segi politik,” katanya.

Terdahulu, Mohd Fasiah merasmikan program Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2018 di Sekolah Kebangsaan (SK) Panchang Bedena. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.