‘Mumia Menjerit’ Kerana Derhaka?

AHLI arkeologi menemui satu mumia yang kelihatan seperti sedang menjerit kesakitan.

Mumia yang ditemui di Deir-El Bahari, tahun 1886 itu kemungkinan dipercayai anak kepada Raja Ramses III.

Bagaimana pun pakar arkeologi masih menjalani kajian punca kematian mumia yang ditemui di Mesir itu.

Pengkaji menggelarkan mumia tersebut sebagai ‘Screaming Mummy’ dan kali pertama melihat rupa sedemikian.

 

Mulutnya dalam keadaan ternganga seperti termakan racun.

Selepas pelbagai spekulasi timbul, kajian menunjukkan mayat itu adalah anak kepada Raja Ramses III.

Dipercayai dia dibunuh dengaan dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana derhaka cuba membunuh bapanya 3000 tahun lalu.

Mayatnya dikebumikan bersebelahan dengan makam golongan raja di Nil, jelas Kementerian Antikuiti Mesir.

Mumia yang  juga dikenali sebagai ‘Unknown Man E’ kini diletak di Musium Mesir di Kaherah untuk buat kali pertama. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.