Rahimi Syafiek, Anak FELA Tenggaroh Cipta Nama Bermain Di Johor Baharu

Anak muda yang biasa bermain posisi tengah atau sayap kiri dan kanan ini baru berumur 19 tahun. Namun dia sudah berjaya menimba pengalaman bersama pasukan Liga Super daerah Johor Bahru.

Rahimi yang mula bermain bola sejak zaman kanak-kanak menjadikan bola sepak sukan kegemaran dan dijadikan hobi masa lapang bersama rakan-rakan sekampung di FELDA Tenggaroh 2, Mersing.

Antara pasukan yang diwakili ialah pasukan bola sepak FELDA wilayah Johor Bahru, yang bermain dalam Liga FELDA 2017.

Rahimi turut menyarung jersey pasukan Tenggaroh FC yang bermain dalam Liga Menteri Besar Johor 2017. Tenggaroh FC mewakili daerah Mersing ke pertandingan antara daerah-daerah dalam negeri Johor.

Bagi menambah lagi pengalaman dan meningkatkan kualiti permainan, Rahimi berkelana ke Johor Bahru untuk bermain dengan pasukan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang bermain dalam Liga Super daerah Johor Bahru.

MBJB FC adalah antara pasukan pilihan dalam Liga Super Johor Bahru selain pasukan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) FC dan Johor Military Police (JMF) FC.

Baru-baru ini Rahimi membantu pasukannya TENGGAROH 2 FC memenangi Liga Tenggaroh berebut Piala RKT33 (ADUN Tenggaroh Johor).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.