Jawatankuasa Khas Siasat Kes Bilah Melayang

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas siasatan dalaman bagi menyiasat kemalangan yang mengorbankan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman di Gemas, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Jawatankuasa terbabit akan dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.

“Kementerian melahirkan rasa sedih, simpati dan kesal terhadap kejadian terbabit. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” menurut kenyataan Kementerian Pendidikan.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi, seorang pelajar perempuan, Nur Afini Roslan, 14, terbunuh, manakala dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13. cedera, akibat terkena bilah pisau mesin rumput yang melayang.

Kementerian Pendidikan juga memohon kerja sama semua pihak supaya menghentikan penyebaran maklumat berkaitan kejadian terbabit bagi menghormati perasaan keluarga mangsa. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.