5 Mayat Ditemui Terapung Di Sungai Muda

SUNGAI PETANI: Mayat lima lelaki, yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Muda ketika melarikan sewaktu serbuan ke atas pusat judi sabung ayam terbesar di utara pada Jumaat lalu, ditemui terapung, hari ini.

Kesemua mayat ditemui antara jam 11.35 pagi dan 12.45 tengah hari tadi.

Mayat terbabit ditemui terapung dan tersangkut dipukat oleh orang awam yang kemudiannya memaklumkan pihak polis.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat telah dipanggil ke lokasi untuk membantu mengeluarkan kesemua mayat bagi dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Difahamkan penemuan mayat tersebut mempunyai kaitan dengan tindakan sekumpulan kaki judi sabung ayam yang bertempiaran lari ketika polis membuat serbuan ke atas pusat judi sabung ayam yang beroperasi di dalam ladang kelapa sawit dekat Tanah Licin, Kuala Ketil pada Jumaat. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.