Elfira Luah Rasa Di Laman Sosial

KUALA LUMPUR: Pelakon, Elfira Loy, yang sebelum ini dilihat lebih selesa untuk memendamkan saja gejolak rasa dalam diri selepas pertunangannya dengan Sufian Suhaimi terlerai, seakan-akan meluahkan perasaan di Instagram peribadi beliau, semalam.

Elfira, 23, memuatnaik perkongsian berkenaan di laman sosialnya itu yang disertakan dengan puisi berkaitan penyerahan jiwa kepada Yang Maha Esa.

“Saat kau merasa jatuh, saat itu Allah sedang menangkapmu. Saat kau merasa sedih, saat itu Allah sedang memelukmu. Saat kau merasa hampa, saat itu Allah sedang mengisimu.

“Saat kau merasa sepi, saat itu Allah datang kepadamu. Saat kau merasa sakit, saat itu Allah mengubatimu,” katanya dalam entri yang turut disertakan gambarnya di kota New York.

Status berkenaan meraih hampir 100,000 ‘like’ selain menerima 1,700 komen termasuk daripada rakan artis seperti Fara Fauzana, Mira Filzah dan Liyana Jasmay.

Rata-rata komen ditinggalkan oleh pengikut beliau dan netizen meminta pelakon itu supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian terbabit.

Sabtu lalu, ibu Elfira, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan penyanyi berusia 25 tahun itu sudah putus.

Ia kemudian turut disahkan sendiri oleh Sufian yang memaklumkan, bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin, memulangkan cincin pertunangan kepada keluarganya di Muar, Johor.

Elfira dan penyanyi lagu Terakhir itu mengikat pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu.

Andai mengikut perancangan awal, kedua-duanya bakal disatukan sebagai suami isteri awal bulan depan.

Dalam perkembangan lain, Elfira akan turut menjayakan Festival GegaRia di Kuantan, Sabtu ini. Pelakon jelita itu dijadualkan menyampaikan ceramah mengenai Tanggungjawab Media Sosial kepada pengunjung. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.