ADUN Bukit Permai dekati warga FELDA DUN Bukit Permai (Parlimen Kulai)

 

Parlimen Kulai berada dalam 2 wilayah FELDA iaitu Wilayah Johor Bahru dan Wilayah Segamat. FELDA Bukit Permai dan Bukit Batu terletak dalam wilayah Segamat. Manakala FELDA Taib Andak dan Inas berada dalam wilayah Johor Bahru.

Hj Ali Mazat Salleh aktif berada di kawasan FELDA ini walaupun FELDA Bukit Batu berada dalam DUN Bukit Batu. Namun atas semangat untuk bersama warga FELDA, beliau tidak pernah melupakan FELDA Bukit Batu. Seolah-olah FELDA Bukit Batu berada dalam DUN Bukit Permai.

Baru-baru ini beliau bersama warga FELDA Bukit Permai dalam Tayangan Layar Bistari dan Penyampaian Sumbangan kepada insan yg memerlukan di FELDA Bukit Permai.

Beliau turut berkesempatan meluangkan masa bersama warga FELDA Bukit Batu. Terbaru meninjau rumah warga gemerasi kedua tanah rancangan tersebut. Rata-rata rumah tersebut siap 75% hasil sumbangan atau bantuan kerajaan.

Selain itu beliau turut tidak melupakan menziarahi maahad tahfiz di FELDA Bkt Permai. Beliau menyapaikan sumbangan melalui wakilnya kepada maahad tahfiz yang diberi nama Ar Rayyan itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.