FELDA 2.0: Cabaran Dari Kebiasaan Untuk Jadi Luar Biasa

Berikut adalah petikan dari ucapan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Abdul Samad ketika Seminar Jawatankuasa Permuafakatan Produktiviti dan Kualiti (JPPK), malam semalam.

Dalam ucapan beliau, Shahrir mengenang kembali semangat yang disuntik oleh Tun Abdul Razak untuk membantu dan menggalakkan anak-anak Melayu berjaya sewaktu pembukaan FELDA dahulu.

Sekali gus mengiktiraf idea yang tercetus merupakan idea dan rangka kerja yang luar biasa hinggakan FELDA berjaya berdiri dengan kukuh pada hari ini.

Shahrir selain itu turut memberitahu FELDA hari ini diberi pembaharuan dengan FELDA 2.0 adalah untuk mencabar kebolehan FELDA dari kebiasaan untuk menjadi luar biasa.

“Allahyarham Tun Abdul Razak semasa hayatnya menggalakkan anak-anak Melayu melibatkan diri dalam dunia komersial dan swasta. Allahyarham juga sering memberi penegasan mengenai soal masa depan bangsa dan negara.

Gagasan penubuhan FELDA membayangkan pemikiran Allahyarham Tun Badul Razak dan rakan-rakan yan sanggup mencuba sesuatu yang baru, yang lemah dibetulkan dan yang baik diperkukuhkan.

Selepas 60 tahun FELDA perlu berubah. Saya perlu mencari hala tuju FELDA dengan tapak dan asas yang telah dibina oleh pemimpim-pemimpin terdahulu. Apakah yang kita mahu tinggalkan untuk masa depan anak-anak?

Untuk melangkah ke hadapan, (FELDA) perlu perubahan dan penyesuaian. Maka, kita wujudkan FELDA 2.0. Gagasan FELDA 2.0 ini untuk melahirkan komuniti pintar dan lestari, seterusnya dapat mencipta peluang dan manfaat untuk anak-anak kembali ke tanah rancangan.

Kita perlu mencabar kebiasaan. Kita perlu menjadi luar biasa seperti mana FELDA diasaskan di atas fahaman dan kepercayaan luar biasa pemimpin-pemimpin terdahulu.”

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.