Jelajah Pengerang 2018 Meriah, Sambutan Menggalakkan

Jelajah Pengerang 2018 meriah dengan kehadiran pasukan bola sepak super lawak Astro. Program yang berlangsung selama 2 hari ini menarik minat warga Pengerang untuk hadir ke Stadium Bandar Penawar memeriahkannya.

Program yang dirasmikan oleh YB Datuk Sri Azalina Othman Said itu mendapat sambutan luar biasa. Lebih 2,000 warga Pengerang membanjiri perkarangan stadium untuk bersama pemimpin kesayangan mereka.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung. Beliau turut melanjarkan Kenderaan Bergerak Bantuan Guaman untuk warga Pengerang.

Program ini turut mendapat kerjasama agensi pertanian dan keusahawanan. Pelbagai pameran dan jualan diadakan untuk memenuhi keperluan pengunjung.

Kemuncak program ini ialah perlawanan persahabatan antara Super Lawak bertemu Pengerang FC.

Untuk rekod, parlimen Pengerang mempunyai 10 kawasan FELDA iaitu Adela, Tunggal, Kledang, Sening, Semenchu, Sungai Mas, Papan Timur, Air Tawar 1, Air Tawar 4 dan Air Tawar 5.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.