KOPEJA Catat Perolehan Tertinggi Pada 2017

Koperasi Pengerang Jaya Johor Berhad (KOPEJA) mencatatkan perolehan tertinggi pada 2017 berbanding koperasi lain dalam negeri Johor.

KOPEJA meninggalkan pencapaian cemerlang yang sebelum ini pernah dilakukan oleh Koperasi Melayu Johor Berhad dan Koperasi Pekerja KEJORA Berhad.

KOPEJA menceburkan diri dalam perniagaan jualan diesel di RAPID Pengerang sejak 2 tahun lepas.

Hasil perniagaan ini KOPEJA mencatatkan jualan sebanyak RM139 juta pada tahun 2017. Ini merupakan angka jualan tertinggi dalam negeri Johor pada tahun lalu. Pendapatan ini diperolehi sebahagian besarnya melalui jualan purata 6.5juta liter diesel setiap bulan. Jualan ini juga adalah yang tertinggi dalam negeri Johor dalam jualan minyak diesel.

Shahrull Nizam Abd Razak, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia daerah Kota Tinggi memuji kejayaan KOPEJA yang membanggakan warga Kota Tinggi khasnya dan negeri Johor. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan KOPEJA kali ke 3 di Taman Bayu Damai, Pengerang.

Majlis turut dihadiri Eksekutif Kanan Petronas, Md Latif bin Md Taib. Menurut beliau, kini
Komplek Bersepadu Pengerang telah siap 84% setakat bulan Disember 2017 dan menempatkan 62,000 warga pekerja di dalamnya. Beliau menyarankan agar KOPEJA memberi tumpuan kepada perniagaan minyak dan gas di RAPIS selepas kompleks tersebut siap kelak.

Dalam majlis tersebut KOPEJA telah memberi sumbangan kepada 3 buah surau sebanyak RM1800 setiap satu. Surau-surau tersebut ialah Surau Teluk Empang, Surau Kg Jawa dan Surau Kg Sg Kapal.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.