Felda United Benam JDT II 4-1 Saingan Liga Premier

JOHOR BAHRU – Felda United FC mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Premier selepas membenam Johor Darul Ta’zim II 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini, malam ini.

Kemenangan itu sekali gus mengekalkan rekod bersih Felda United daripada empat perlawanan untuk mengutip keseluruhan 12 mata.

Pada aksi malam ini, Felda United FC tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila membolosi gawang pasukan tuan rumah seawal minit ketujuh menerusi jaringan Gilbero Valdenesio Fortunato, diikuti gol kedua melalui Wan Zack Haikal Wan Nor, selang dua minit kemudian.

Bersambung babak kedua, JDT II berjaya bangkit untuk merapatkan defisit jaringan menerusi rembatan D. Saarvindran hasil hantaran Nicolas Alberto Fernandez daripada sepakan penjuru pada minit ke 57.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan pelawat memperkemaskan permainan dan memperoleh gol ketiga melalui jaringan Thiago Augusto Fernandes pada minit ke 67. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.