Kaki Dah Tak Mampu Tampung Berat Aishah

GARA-GARA pertambahan berat badan yang membimbangkan, Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah memilih menjalani pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik.

Menurut Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 52, tujuan pembedahan tersebut bukanlah untuk kelihatan cantik dan kurus semata-mata, sebaliknya bagi mengatasi masalah gastrik dan sakit kaki berpunca daripada berat badan.

“Berat badan berlebihan membuatkan kaki tak mampu menampung beban dan kerana itulah saya memilih membuat pembedahan ini. Selepas balik dari trip ke Eropah baru-baru ini saya terfikir untuk buat pembedahan kerana kaki tak tahan sakit.

 

Aishah menderita sakit kaki akibat berat badan berlebihan.

“Sebenarnya sakit kaki ini sudah lama saya hadapi dan setelah dicadangkan oleh seorang teman, saya rasa perlu buat pembedahan ini.

“Ini bukan fasal nak kurus cantik sahaja tapi sebab utama adalah masalah sakit kaki dan susah nak buat aktiviti harian,” katanya.

Aishah menjelaskan tentang perkara tersebut menerusi siaran langsung di laman Instagram miliknya pada Khamis.

 

Aishah membuat keputusan menjalani pembedahan ini setelah pulang daripada percutian di Eropah.

Penyanyi lagu Janji Manismu ini menjalani pembedahan tersebut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain untuk mengawal berat badan, Aishah berkata pembedahan ini juga bertujuan untuk merawat penyakit gastrik yang dihadapinya.

“Saya ada masalah gastrik dan selalu lapar nak makan. Selepas pembedahan ni dah tak ada rasa lapar dan masalah sakit perut sudah tiada.

 

Masalah gastrik lebih baik selepas pembedahan.

“Harapan saya pembedahan ini dapat membantu mengelakkan sebarang penyakit dalaman dan saya boleh menjalani kehidupan lebih baik.

“Lebih baik saya cegah daripada sekarang, tak nak nanti ada penyakit bahaya datang dan menyusahkan orang lain pula,” katanya yang menjalani pembedahan tersebut setelah menerima nasihat pakar. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.