Madrasah Tahfiz Al Muhajirin Bakal Dibina Di FELDA Sri Ledang

 

Pada masa ini madrasah tahfiz ini hanya mampu menempatkan kira-kira 60 pelajar tahfiz saja.

Pada masa akan datang madrasah ini bakal boleh menampung jumlah yang lebih ramai apabila mempunyai bangunannya sendiri. Buat masa ini anak-anak tahfiz ini menumpang belajar di masjid jamek Felda Sri Ledang.

Bangunan baru yang terletak di kawasan Felda ini bersebelahan dengan masjid. Pelan pembangunan madrasah ini telah siap dah hanya menunggu untuk dibangunkan.

Madrasah ini memohon sumbangan orang ramai untuk menambah keperluan madrasah ini. Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada akaun bank CIMB Berhad atas nama MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AL MUHAJIRIN (no akaun 8602783620).

Pada masa ini anak-anak ini mendapat tunjuk ajar 3 orang guru agama. Selepas terbinanya bangunan sendiri madrasah ini nanti anak-anak ini akan mendapat bimbingan daripada lebih ramai guru. Keadaan madrasah juga akan dipertingkatkan bagi memberi keselesaan kepada anak-anak belajar ilmu agama.

Walaupun baru beroperasi tak sampai 2 tahun, namun madrasah ini sudah kerap memenuhi program-program keagaaman peringkat kampung selain menyertai pelbagai aktiviti anjuran Jabatan Agama Islam Johor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.