Padang Awam FELDA Sri Ledang Bakal Berwajah Baharu

Warga Felda Sri Ledang bakal mendapat satu lagi nikmat pembangunan. Kali ini khas buat komuniti sukan tanah rancangan ini. Warga Felda Sri Ledang khasnya pasukan bola sepaknya bakal dapat padang baru untuk riadah sukan ini pada masa akan datang.

Tanah rancangan ini yang mempunyai pasukan bola sepaknya sendiri memang aktif dengan sukan bola sepak. Pasukan ini aktif dengan bola sepak sejak mula-mula mereka mendiami tanah rancangan ini sejak tahun 1969 lagi.

Pasukan bola sepak kampung ini diberi nama SLFC 69′ (Sri Ledang Football Club) sempena tahun 1969 kumpulan peneroka pertama mereka mula mendiami tanah rancangan ini.

Menurut pengurus pasukan,
Kamarulnizam Abdullah mereka berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peruntukan kepada kampung dan ini telah menyuntik semangat pasukan ini untuk terus menghidupkan sukan bola sepak di kampung ini.

Menurut Ketua Kampun merangkap Pengerusi JKKK FELDA SRI LEDANG Haji A. Mutalib bin Md Diah warga Sri Ledang sangat bertuah kerana mendapat perhatian daripada pihak kerajaan negeri khasnya dalam hal pembangunan kampung.

Pihaknya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Bukit Serampang, Hj Ismail Mohamed yang telah memainkan peranan besar memberi pelbagai bantuan dan peruntukan kepada warga Felda Sri Ledang.

Padang ini dijangka akan siap dalam masa beberapa minggu lagi. Dijangka akan dapat digunakan dalam bulan April depan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.