Paradise 101 Satu Lagi Tarikan Di Pulau Legenda Langkawi

LANGKAWI (Bernama)  – Langkawi, yang mempunyai 99 buah pulau, tersohor sebagai pulau legenda dan sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang mahu menikmati keindahan semula jadi, kini mempunyai satu lagi tarikan iaitu Paradise 101.

Pulau buatan manusia ini yang ‘muncul’ pada 2015 ialah hasil impian Datuk Dr Ravi Ponniah, seorang doktor perubatan yang bertukar menjadi usahawan pelancongan.

Paradise 101, yang terletak di Teluk Burau, ke barat laut Pulau Langkawi bukan seperti Pulau Rebak atau Pulau Dayang Bunting yang menyimpan pelbagai kisah legenda.

“Bagi saya apa yang ada di Paradise 101 tidak ada di mana-mana di dunia. Pulau ini tak sama dengan mana-mana tempat, ia adalah satu-satunya yang ada di dunia,” beliau memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

Beliau yang juga presiden Naam, syarikat bertaraf dunia khusus untuk sukan air berkata Paradise 101 menawarkan pengalaman yang menyeronokkan untuk pelancong yang berkunjung ke pulau itu. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.