Tembak Depan Sekolah, Suspek Berbaju Hitam

KUALA LUMPUR: “Kejadian berlaku terlalu pantas, saya cuma nampak dua suspek pakai baju hitam dan topi keledar hitam berlalu naik motosikal.”

Seorang saksi awal terawal hanya sempat mengingati butiran itu dalam kejadian seorang lelaki mati ditembak suspek menunggang motosikal di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang di sini, petang tadi.

Kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 33, berkata kebanyakan ibu bapa ketika itu menunggu anak tamat sesi persekolahan.

“Kejadian menyebabkan semuanya lari bertempiaran dan ada juga yang mendekati mangsa untuk melihat keadaannya.

“Saya sedang menunggu anak habis sekolah sebelum terdengar dalam empat atau lima das tembakan. Semuanya terlalu pantas dan tak sempat lihat nombor plet motosikal.

“Saya segera menghubungi Balai Polis Serdang untuk melaporkan kejadian,” katanya ketika dihubungi, petang tadi. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.