Britain Bakal Buka Muzium LGBT Pertama

LONDON: Sejarah dan pencapaian golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual, transgender) di Britain akan diabadikan di muzium LGBT pertama yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Muzium yang bakal dinamakan Queer Britain itu dijangka dibuka pada 2021 di London selepas selesai siri jelajah seluruh negara bagi mendapatkan bahan untuk pameran.

“Album foto keluarga kami di negara ini belum lengkap sepenuhnya, malah halamannya masih bertaburan.

“Ini adalah peluang untuk mewujudkan sebuah institusi yang bermula dengan penindasan tetapi bergerak ke hadapan hingga mampu melahirkan tokoh yang memberi impak besar dalam kalangan masyarakat kami,” kata Joseph Galliano yang menjadi tulang belakang di sebalik projek itu kepada Reuters.

Galliano yang juga bekas editor Gay Times berkata, muzium itu bakal menawarkan pengalaman mendalam menerusi penggunaan realiti maya bagi mencipta empati terhadap kisah yang dipertontonkan.

“Saya mahu masyarakat lebih memahami, misalnya seorang perempuan muda boleh membawa ibunya ke muzium ini untuk membina persefahaman antara satu sama lain,” katanya.

Galliano berkata, beliau mahu membina momentum bagi memperingati ulang tahun ke-50 hak homoseksual yang dinafikan England pada 1967.

Sebelum ini, muzium LGBT hanya boleh ditemui di New York dan San Francisco, Amerika Syarikat serta Berlin dan Amsterdam di Eropah.

Sementara di Toronto dan Melbourne mempunyai arkib khas bagi golongan LGBT. – Reuters

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.