Jiran Selamatkan Wanita Kena Strok

BUKIT BERUNTUNG: Seorang wanita dengan berat dianggarkan lebih 100 kilogram (kg), dipercayai mengalami serangan angin ahmar ketika bersendirian di dalam rumahnya di Taman Bunga Raya di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam di tingkat satu sebuah pangsapuri itu, Fauziah Silong Ahmad berumur lingkungan 40-an, ditemui terlentang di atas lantai di ruang tamu rumahnya sambil mengerang kesakitan.

Penduduk di pangsapuri itu, Hafizul Shamsuddin, 21, berkata ketika kejadian, beliau sedang memasak di rumahnya di tingkat dua bangunan sama sebelum terdengar jeritan mangsa.

“Saya terdengar jeritan perempuan meminta tolong dari dalam rumah yang gelap dan berkunci.

Anggota bomba mengusung mangsa yang dipercayai diserang angin ahmar untuk diserahkan kepada pihak ambulan sebelum dibawa ke Hospital Selayang. – Foto ihsan Bomba

“Tanpa fikir panjang, saya bersama jiran memecahkan mangga serta mengopak pintu gril dan mendapati mangsa terlentang di atas lantai sambil mengerang kesakitan.

“Kami kemudian mengalih dan meletakkan mangsa di kedudukan selamat sebelum menghubungi talian kecemasan 999,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Shamsol Majidi Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 malam.

Anggota bomba mengusung mangsa yang dipercayai diserang angin ahmar untuk diserahkan kepada pihak ambulan sebelum dibawa ke Hospital Selayang. – Foto ihsan Bomba

Berikutan itu, katanya, sebuah jentera bersama Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa diberikan rawatan awal dan anggota bomba turut membantu mengusungnya turun dari tingkat satu pangsapuri terbabit,” katanya.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans yang membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.