‘Bukan Ahya, Tapi Orang Lain’ – A Aida

KUALA LUMPUR: Penerbit drama, Datuk A Aida menepis gosip kononnya menjalin cinta dengan anak kepada aktres veteran, Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli.

Aida atau nama penuhnya, Zaidah Awang, 47, memberitahu, kenyataannya mengenai kontroversi itu sebelum ini, disalah erti sesetengah pihak.

“Sebenarnya, gosip percintaan itu tidak benar sama. Ini kerana saya sedang mengenali individu lain berstatus orang kenamaan… Umurnya juga dalam lingkungan usia saya.

“Malu rasanya apabila timbul cerita kononnya saya bercinta dengan Ahya. Ini kerana anak saya sendiri berada dalam lingkungan umurnya. Ini mencemarkan imej saya kerana ada yang menuduh saya suka ‘pucuk muda’,” katanya kepada BH Online.

Aida yang ditemui pada pada siri jelajah kedua, Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Sunway Putra Mall di sini, sebentar tadi, mengulas mengenai gosip yang bertebaran sejak akhir tahun lalu, kononnya dia bercinta dengan Ahya.

Aida berkata, beliau tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak dengan memanjangkan gosip bercinta dengan Ahya itu.

“Industri seni ini kecil saja… Cukuplah dengan penafian ini kerana sudah lama saya mendiamkan diri hingga isu jadi makin meruncing,” katanya.

Sementara itu, Aida mengaku soal paras rupa menjadi salah satu faktor diambilkira dalam memilih teraju utama produksinya.

Menurutnya, kriteria itu penting kerana dianggap pakej lengkap manakala bakat boleh digilap.

“Saya sangat mementingkan paras rupa. Sebab itulah kebanyakan barisan pelakon saya ada wajah dan badan yang menarik.

“Sebagai penerbit, saya mengutamakan faktor itu kerana penting untuk menarik minat penonton,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.