City Tidak Mampu Disekat – Conte

MANCHESTER, United Kingdom: Pengurus Chelsea, Antonio Conte merumuskan pasukan tiada tenaga berdepan Manchester City yang ‘tidak boleh disekat’ seterusnya membuka jurang 18 mata di persada Liga Perdana selepas menang 1-0 di laman sendiri awal pagi tadi.

Bernardo Silva menjaringkan gol tunggal perlawanan 35 saat bermula babak kedua di Stadium Etihad apabila menerima hantaran rendah David Silva.

Kekalahan keempat Chelsea dalam lima perlawanan liga menyebabkan pasukan bimbingan Antonio Conte yang juga juara bertahan, kini lima mata di belakang kelompok empat pasukan teratas.

PEMAIN City meraikan jaringan Silva ketika menentang Chelsea. -Foto AFP

Dan pendekatan negatif pengendali Itali itu sedang diperhatikan selepas pasukan pelawat gagal mencipta cubaan tepat ke sasaran selepas memulakan permainan tanpa penyerang tengah apabila Alvaro Morata dan Olivier Giroud diletakkan di bangku simpanan.

“Hari ini mereka menunjukkan perbezaan antara mereka dan kami pada ketika ini,” kata Conte.

“Dua puluh lima mata ialah jurang yang besar dan saya rasa kami boleh menyesal untuk perlawanan lain tetapi bukan untuk ini.

“Usaha pemain adalah sesuatu yang penting. Apabila anda berdepan Manchester City, pasukan seperti ini, mereka bukan saja menunjukkan kualiti menakjubkan tetapi mentaliti hebat.

“Apabila anda mencipta kualiti dengan mentaliti, anda tidak boleh disekat.” – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.