Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, kesemua kertas kerja berkaitan hal pertukaran dijangka dapat diselesaikan minggu ini.

“Minggu depan, semua tanah di Felda Semarak akan kembali kepada Felda.

“Kita dah pegang geran tanah, semua tanda tangan yang diperlukan kita dah dapat,” katanya ketika berucap dalam program Karnival Orang Felda di Felda Ulu Belitong, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE