Isu Dekat Di Hati Rakyat Terus Jadi Perhatian – Agong

KUALA LUMPUR – Isu yang dekat di hati rakyat terutama berhubung kos sara hidup dan program berpaksikan rakyat akan terus diberi perhatian oleh kerajaan dalam menjamin kesejahteraan masyarakat, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Seri Paduka bertitah penekanan kerajaan berhubung perkara itu dapat dilihat melalui penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara baru-baru ini.

“Beta percaya lebih banyak inisiatif akan diperkenalkan melalui penubuhan majlis itu bagi merangka program bersesuaian yang boleh dilaksanakan segera bagi meringankan beban rakyat.

“Peruntukan juga akan terus disediakan bagi melaksanakan lebih banyak program dan projek berpaksikan rakyat demi kesejahteraan mereka,” titah Seri Paduka.

Sultan Muhammad V bertitah demikian pada istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen ke-13 di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.