Pokok Tumbang Hempap Penunggang Motosikal

KUALA LUMPUR: Sebatang pokok tumbang dan menghempap seorang penunggang motosikal di Jalan Ampang berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini pada jam 7.43 pagi tadi.

Sumber Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya kini berada di lokasi berkenaan bagi menangani isu berbangkit.

“Skuad Penyelamat Jawatankuasa Penilaian juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Laporan lanjut akan menyusul dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat ini, keadaan mangsa belum dapat dipastikan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.