Rakaman Tular Lebih 7,000 Ekor Lembu Dijangkiti TB Tidak Benar

PUTRAJAYA – Kenyataan bahawa 7,000 hingga 8,000 ekor lembu di Selangor telah disingkirkan kerana dijangkiti penyakit tuberkulosis (TB) adalah tidak benar, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Jabatan itu berkata hanya 11 ekor lembu tenusu yang positif TB telah disingkirkan melalui kaedah eutanasia oleh DVS Selangor pada tahun ini manakala sebanyak 68 ekor disingkirkan pada 2016 dan 57 ekor pada 2017.

“Berdasarkan data bancian DVS Selangor 2016, bilangan lembu tenusu di negeri ini adalah sebanyak 5,775 ekor.

“Oleh yang demikian umum tidak perlu risau tentang susu dan daging yang dihasilkan. Ia selamat untuk diminum dan dimakan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Jabatan itu berkata mengikut piawaian yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Dunia (OIE), ternakan yang dijangkiti penyakit TB tidak akan dirawat tetapi perlu disingkirkan. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.