RTC Sungai Rambai: Impian Untuk Rakyat Menjadi Nyata

JASIN – Sudah menjadi lumrah proses urbanisasi apabila penduduk yang tinggal di kawasan bandar menerima lebih banyak kemudahan daripada penduduk luar bandar.

Justeru kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha gigih mencari jalan bagi memastikan rakyat negara ini mendapat kemudahan diperlukan tanpa mengenal kawasan tempat tinggal, maka inisiatif Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dilaksanakan pada 2012.

Menganjak ke masa kini, inisiatif itu membuahkan pelbagai hasil memberangsangkan bagi penduduk di daerah ini apabila RTC Sungai Rambai yang ditubuhkan pada tahun 2015 mampu menjadi pemangkin kepada transformasi kawasan luar bandar.

Bagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman, impiannya kini menjadi kenyataan apabila RTC Sungai Rambai memenuhi pelbagai kemudahan bandar kepada penduduk luar bandar di kawasannya.

Sebagai wakil rakyat menjadikan Sungai Rambai sebagai sebuah bandar raya besar dihiasi dengan bangunan pencakar langit bukanlah impian utamanya, sebaliknya beliau mahu membawa segala kemudahan yang terdapat di bandar ke kawasan ini demi rakyat. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.