Raja Salman Janji Bina Stadium Di Iraq

BAGHDAD: Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman berjanji untuk membina stadium bola sepak buat Iraq berikutan perlawanan persahabatan antara kedua-dua negara minggu lalu, menerusi satu panggilan telefon dengan Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi semalam.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan bagaimana untuk memperkukuh kerjasama antara negara mereka dan Majlis Koordinasi Bersama Iraq-Saudi, badan yang dibentuk Oktober lalu untuk memperbaiki hubungan strategik dan membina kembali kawasan yang musnah diambil daripada militan Islam di Iraq.

Panggilan telefon itu adalah petunjuk terbaharu mengenai hubungan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara yang terganggu sejak berdekad lalu sejak Iraq menyerang Kuwait pada 1990.

Arab Saudi membantu Baghdad sebagai sebahagian usaha untuk mengekang pengaruh serantau oleh Iran, manakala Iraq mendapat faedah ekonomi menerusi hubungan rapat dengan Riyadh. – REUTERS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.