Kiriman Emel Pembaca: ‘Bila Penipu Buat Manifesto Harapan’ Untuk Peneroka

Apabila pilihan raya semakin hampir, pastinya pelbagai cerita akan timbul yang dibuat oleh parti pembangkang untuk mencuba mempengaruhi pemikiran rakyat.

Dalam hal mengenai parti Pakatan Harapan, cubaan parti tersebut adalah mencuba untuk mempengaruhi pemikiran peneroka-peneroka FELDA dengan cara menabur janji yang terang-terang menipu dan tidak mungkin akan terlaksana.

Melalui kiriman emel dari pembaca Feldavoice, beliau menyatakan tawaran yang dibuat oleh Pakatan Harapan untuk menghapuskan hutang-hutang peneroka FELDA yang tidak wajar adalah satu perkara yang lawak yang dibangkitkan oleh parti itu. Ini kerana, pakatan sendiri tidak tahu apakah hutang-hutang yang ‘tidak wajar’ yang mereka nyatakan.

Selain itu, beliau turut menulis menyatakan pandangan rakyat perlu menilai sendiri janji yang pernah dibuat oleh parti itu yang hingga kini tidak pernah terlakasana dan terbengkalai.

“Tawaran Pakatan Harapan “untuk menghapuskan hutang-hutang peneroka Felda yang tidak wajar” sangat melucukan. Apa hutang yang tidak wajar?

Apabila menang nanti mereka akan membuat bermacam dalih dan kalih untuk menjustifikasikan kewajaran hutang. Mana mungkin DAP akan setuju penghapusan hutang secara besar-besaran membabitkan 90% orang Melayu.

Pada 2012 Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk melaksanakan projek Perumahan Generasi Kedua FELDA (PGKF) di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu. Upacara pecah tanah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sampai sekarang tanah sahaja yang pecah.

Inilah bentuk harapan palsu Pakatan.

Mungkin kerana memboikot berita Najib Razak, mereka tidak sedar Perdana Menteri telah mengumumkan pelupusan hutang saham FGV peneroka Felda pada Julai 2017.

Inilah baru betul kerajaan rakyat. Umum atau janji sesuatu yang pasti bukan retorik politik semata-mata.

In sha Allah dalam manifesto Barisan Nasional nanti banyak lagi janji ditepati akan dikemukakan kepada rakyat termasuk peneroka Felda.”

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.