Bayi Maut Tercampak Dari Kereta

JELEBU: Bayi perempuan sembilan bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandu ibunya yang terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 19.3 Jalan Seremban-Simpang Pertang malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu berlaku pada jam 7.30 malam.

Katanya, ketika kejadian Toyota Vios yang dipandu Lim Hui Chee, 25, dalam perjalanan pulang ke rumah di Titi dari arah Seremban.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa terbabas ketika mengambil selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah Honda Civic dari arah Kuala Klawang.

“Kereta mangsa dipercayai berpusing beberapa kali sebelum dilanggar sebuah Proton Saga juga dari arah Kuala Klawang.

“Akibat kemalangan itu bayi berkenaan, Wong Qan Ton yang dipangku bapanya, Wong Ting Sing, 26, tercampak keluar dari kereta ke tengah jalan,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.