MELUR (JUNIOR) FC Juara Liga Bangsa Johor 2017

Liga Bangsa Johor 2017, antara liga yang disertai oleh pasukan-pasukan terbaik dalam daerah Johor Bahru. Sebanyak 40 pasukan berebut tempat untuk menjadi pasukan terbaik dalam kejohanan ini.

Pertemuan akhir menemukan 2 pasukan terkuat iaitu MBIP FC dan MELUR (JUNIOR) FC. Kedua-dua pasukan ini tidak pernah kalah dalam peringkat kumpulan.

Perlawanan akhir berlangsung di mini stadium milik MBIP (Majlis Bandaraya Iskandar Puteri), Johor Bahru disaksikan kira/kira 1,000 orang.

MELUR (JUNIOR) FC membawa pulang RM20,000 wang tunai manakala MBIP FC RM15,000.

Hadiah disampaikan oleh penaung kejohonan Datuk Yahya Jaafar yang mana beliau merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Johor Bahru.

Pada perlawanan akhir ini MELUR menang dengan jaringan 4-2 mengatasi MBIP. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 sepanjang 90 minit perlawanan. Perlawanan terpaksa diheret ke masa tanbahan. MELUR berjaya mendapat 2 jaringan dalam masa tambahan.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.