Kematian Tragis Abu Zarin Tidak Patahkan Semangat Pegawai Bomba

KUALA TERENGGANU – Aksi dan ketangkasan pegawai bomba, Abu Zarin Hussin atau lebih dikenali sebagai ‘Wira Penyelamat’ pasti akan dirindui.

Abu Zarin, 33, yang meninggal dunia akibat dipatuk ular Khamis malam bukan sekadar guru kepada dua lagi pegawai yang terbabit dalam menjinakkan haiwan berbisa tetapi juga bagaikan abang sendiri.

Muhammad Azizi Abd Aziz, 21, dan Syafiq Mohamad, 25, ketika dihubungi Bernama berkata walaupun terkejut dengan apa yang berlaku terhadap rakan seperjuangan mereka namun ia tidak menimbulkan ketakutan dalam diri malah menjadi inspirasi buat mereka terus melakukan yang terbaik.

“Saya tak akan berhenti begitu sahaja selepas pemergian arwah. Malah saya akan jadikan iktibar kepada diri saya supaya lebih berhati-hati dan lebih fokus dalam mengendalikan haiwan berbisa seperti ular.

“Saya percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri…Pada saya sebagai anggota penyelamat ‘mati itu pasti’ tapi sejauh mana kita mampu sebarkan ilmu dan menyelamatkan nyawa orang ramai itu adalah daripada diri kita sendiri,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.