Kertas Siasatan Video Viral Ke Pejabat Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Polis sudah menghantar kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara berhubung kes video viral seorang wanita yang mendakwa polis melarangnya masuk ke balai polis Alam Damai, Cheras.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata siasatan mengenai insiden itu sudah lengkap dan tindakan juga sudah diambil.

“Susulan kes itu, kita sudah buka kertas siasatan dan ia juga sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

“Tiga individu yang didakwa terbabit dalam video itu juga sudah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang wanita merakam video berdurasi enam minit 28 saat mendakwa polis melarangnya masuk ke balai polis itu selepas diekori sebuah kereta lain yang dinaiki tiga lelaki. – BNBBC

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.