2,255 Peneroka Bermuafakat Terima Insentif RM5000

KUALA LUMPUR – Sehingga 12 Mac 2018, seramai 2,255 orang peneroka yang kembali muafakat bersama FELDA telah menerima bayaran insentif RM5,000 setiap seorang.

Pembayaran ini melibatkan peneroka di Wilayah Raja Alias, Trolak, Alor Setar, Gua Musang dan Terengganu dengan jumlah keseluruhan RM11.275 juta.

Baki 6,955 peneroka yang telah kembali muafakat bersama FELDA akan dibayar secara berperingkat.

Pada bulan Julai tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan enam insentifuntuk peneroka dan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Salah satu dari insentif tersebut adalah Najib mengumumkan bayaran insentif khas RM5000 kepada peneroka yang kembali bermuafakat kepada FELDA.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.