Konvensyen Imam&Pegawai Masjid FELDA 2018

KUALA LUMPUR- Hampir 1000 peserta terdiri daripada Imam dan Pegawai Masjid seluruh negara hadir dalam Konvensyen Imam dan Pegawai Masjid FELDA  2018 .

Program yang berjalan selama 2 hari ini mendapat kerjasama penuh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti dan sesi ceramah disusun antaranya pembentangan Isu-isu semasa keselamatan negara oleh Ybhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Haji Zulkifli bin Mohd Zin Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara.

Turut dibentangkan pada Konvensyen ini ialah “Masjid Sebagai Pusat Ilmu dan Perpaduan” yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Ahmad Pegawai Hal Ehwal Islam.

Sementara itu, dalam majlis penutup Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , YB Senator Dato Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata para Imam dan Pegawai Masjid memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan Syiar Islam terus mekar di Malaysia.

“Di Indonesia tidak ada sebuah kementerian khusus untuk Agama Islam walaupun umat islam disana antara yang teramai di dunia.

Manakala Islam di Malaysia pula dipasak didalam perlembagaan dan mendapat jaminan penuh oleh Kerajaan hari ini”, ujar beliau lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan Islam di negara ini kerana ianya diletakan di bawah peranan Raja-Raja Melayu.

“Pembangunan di Malaysia berjalan secara menyeluruh tanpa perlu mengadai Islam itu sendiri.

Di Malaysia Islam dihayati dan dilaksanakan secara menyeluruh dalam konteks ekonomi sosial dan sebagainya”, Asyraf Wajdi Dasuki

Turut hadir pada Konvensyen ini ialah YB Tan Sri Shahrir Samad, Pengerusi FELDA dan Datuk Haji Abdul Ghani Mohd Ali Pengarah Besar FELDA.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.