SK FELDA Lok Heng Anjur Makan Malam, Berjaya Kumpul Dana RM6,000

KOTA TINGGI – Bagi mengumpul dana Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) untuk menceriakan Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Lok Heng satu, Majlis Makan Malam Amal Alumni diadakan.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Zaini Ibrahim berkata, majlis itu dihadiri alumni 1976/77 dengan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KISB) di sekolah itu.

“Seramai 200 bekas pelajar hadir pada majlis itu dan pihak sekolah berjaya mengumpulkan dana RM6,000 berjaya dikumpulkan,” katanya.

Katanya, majlis itu mendapat sambutan menggalakkan daripada bekas pelajar hingga penganjur terpaksa menolak beberapa penyertaan kerana ruang terhad.

Turut sama memeriahkan majlis ialah Adun Sedili, Rasman Ithnain yang turut merasmikan majlis pelancaran penubuhan Alumni SK Felda Lok Heng dan Guru Besar SK Felda Lok Heng, Zalley Zainudin. – GPS BESTARI.COM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.