Delegasi Israel Tidak Diberi Layanan Rasmi Negara Pada WUF9

KUALA LUMPUR – Kehadiran delegasi negara Israel dalam Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) di sini Februari lepas, adalah atas jemputan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan mereka tidak mendapat layanan negara sepertimana delegasi negara luar yang lain.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata mereka adalah satu-satunya delegasi luar yang tidak disambut oleh mana-mana pegawai Kementerian Luar mahupun diberikan kawalan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia.

“Kita serahkan kepada PBB, because we do not welcome them, because they were on the invitation of UN then the entry was allowed,” katanya ketika menjawab soalan lisan di pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu samada Malaysia ada memohon daripada PBB untuk mengecualikan penyertaan delegasi Israel dalam forum berkenaan.

Forum yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 7 hingga 13 Feb lalu itu dilapor dihadiri antara lain bekas menteri kabinet Israel. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.