ADUN Paginatan Meninggal Dunia

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan Gubat, 68, meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini, malam tadi.

Pemergian mendiang yang juga pemangku Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), disahkan oleh Ketua Penerangan UPKO, Albert Bingkasan.

Difahamkan, keluarga mendiang membawanya ke hospital semalam selepas Siringan menghadapi masalah pernafasan dan dilaporkan meninggal dunia sebelum tengah malam.

Siringan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, dilaporkan menghadapi masalah jantung selepas menghadiri satu majlis di Ranau pada Februari tahun lalu. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.