KPKT Akan Laksana Pembangunan Semula Rumah Lama – Noh

MELAKA – Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melaksanakan pembangunan semula rumah lama demi keselesaan dan kebaikan rakyat di negara ini, kata Menterinya Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata satu undang-undang baharu dan badan khusus akan diwujudkan bagi memastikan kelancaran pembangunan semula rumah yang terlibat agar tidak berdepan halangan dan bantahan daripada pihak tertentu.

“Kita dapati ada banyak rumah lama yang mungkin berusia lebih 20 tahun yang dahulunya sesuai didiami pada waktu dahulu? ada rumah yang kadang-kadang satu bilik dan ada juga dua bilik dengan keluasan 600 kaki persegi.

“Mungkin kita boleh gunakan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam yang akan menguruskan pembangunan semula rumah terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Timbalan Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Rumput Datuk Sazali Muhd Din. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.