9 Peneroka Felda Lakum Terima Insentif Sifar Hutang

LANCHANG- Seramai 9 daripada 505 peneroka FELDA Lakum menerima Insentif Sifar Hutang RM5000 yang di sampaikan sendiri Pengerusi FELDA YB Tan Sri Shahrir Samad.

Majlis yang berlangsung di Dewan Semai Bakti FELDA Lakum dihadiri hampir 200 orang peneroka.

Bagi Ilias bin Mohd Arif 62, generasi pertama FELDA Lakum, beliau sifar hutang kepada FELDA sejak 4 tahun yang lalu.

“Saya dimaklumkan semalam tentang insentif ini, Alhamdulillah saya ucap terima kasih kepada FELDA dan Perdana Menteri kerana prihatin kepada peneroka.

Saya hendak ambil kesempatan untuk memberi nasihat kepada peneroka di luar sana supaya jual hasil kepada FELDA agar hutang kita cepat habis”, ujar beliau.

Bagi Arbain Bin Halidi 71 yang juga  generasi pertama FELDA Lakum, beliau telah selesai hutang  2 tahun yang lalu.

“Pendapat saya sama seperti Tuan Ilias, hasil jangan jual pada luar kalau kita mahu hutang kita selesai cepat.

Saya bersyukur pada Allah kerana tidak sangka akan terima duit sebanyak ini, terima kasih FELDA dan Dato’ Sri Najib kerana prihatin pada kami warga peneroka”, Arbain Halidi.

YB Tan Sri Shahrir turut berpeluang berdialog dengan peneroka dan menjawab beberapa pertanyaan dari wakil peneroka.

Antara soalan yang dijawab ialah berkenaan isu-isu semasa yang melanda Felda serta beberapa isu berbangkit didalam tanah rancangan.

Turut hadir dalam Majlis Ramah Mesra ini ialah YB Dato’ Sri Haji Mohd Shahkar Shamsudin Adun Lancang merangkap Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.