Majlis Ramah Mesra Pengerusi FELDA Bersama Peneroka FELDA Bukit Damar

LANCHANG- hampir 200 orang warga FELDA Bukit Damar hadir dalam Majlis Ramah Mesra bersama Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad pagi tadi.

Bercakap dihadapan peneroka, Shahrir banyak menyentuh soal Sejarah FELDA dibawah Allahyarham Tun Razak yang mana ketika itu beliau merupakan Setiausaha Politik kepada Allahyarham.

“Felda ini idea Tun Razak, dibangunkan dengan tanah kosong (Hutan),rakyat yang tiada tanah dibawa masuk dalam tanah rancangan FELDA”, Tan Sri Shahrir Samad.

Beliau turut membandingkan negara Venuezela yang maju sebelum ini tetapi hampir musnah kerana pendekatan politik serta dasar dan polisi yang populis.

“Kita boleh ikut Venuzela, tapi tidak boleh kerana kita bukan 1 bangsa.

Negara kita berbilang bangsa dan agama dan kerajaan kena jaga semua termasuklah tidak membuat pendekatan yang tidak populis”, ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak warga peneroka Bukit Damar untuk bercakap soal masa depan anak cucu yang dilihat lebih penting daripada mendengar dan mempercayai berita yang tidak benar dan fitnah.

Dalam majlis yang sama, sebanyak 13 orang peneroka sifar hutang Felda Bukit Damar menerima insentif RM5,000 seorang.

“Saya tidak sangka terima insentif ini, Syukur Alhamdulillah,  terima kasih pada FELDA”, Hayudin bin Mad Salleh.

Hayudin 57, merupakan salah seorang penerima insentif khas RM5000 yang merupakan generasi ke 2 telah mengusahakan tanaman berkeluasan 10 ekar selama 15 tahun.

Turut hadir YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Shamsudin Adun Lancang merangkap Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.