Nafi Umum Calon BN 2 April

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis menafikan laporan akhbar tempatan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan calon-calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi Barisan Nasional (BN) pada 2 April ini.

Sebaliknya, kenyataan PMO yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook dan Twitter menjelaskan bahawa laporan berkenaan hanyalah spekulasi pihak media.

Laporan akhbar pada Khamis menyatakan bahawa majlis pengumuman calon oleh Najib yang juga merupakan Pengerusi BN bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Laporan itu menyatakan majlis itu akan dihadiri oleh 13 pemimpin kanan parti-parti komponen BN. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.