10 Premis Musnah Kebakaran Di Cameron Highlands

KUANTAN: Sebanyak 10 premis perniagaan, termasuk sebuah muzium mini di Sungai Burung, Cameron Highlands, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu turut membabitkan kedai cenderamata dan sayuran, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Sani Harul, berkata tiada penghuni berada di premis terbabit ketika insiden.

“Kami menerima panggilan awam kira-kira jam 10.16 malam memaklumkan kebakaran itu, sebelum 23 pegawai dan anggota bomba dikerah ke tempat kejadian.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

“Ketika ini, kerugian akibat insiden berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Sani berkata, hasil tindakan pantas pihak bomba, enam kedai lain di kawasan perniagaan terbabit berjaya diselamatkan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.