Kompleks Sukan Bernilai RM9 Juta Bakal Dibina Di Kuang

RAWANG – Sebuah kompleks sukan bernilai kira-kira RM9 juta bakal dibina di Kuang di sini tidak lama lagi, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kompleks itu bakal dilengkapi dengan padang bola dan dewan untuk pelbagai jenis sukan.

“Kompleks sukan ini sebenarnya dirancang sejak 2008 di Batu Arang dekat sini tetapi tertangguh disebabkan tindakan kerajaan negeri Selangor merampas tanah berkenaan.

“Anggota Dewan Undangan Negeri Kuang Datuk Abdul Shukur Idrus mengenal pasti satu tapak seluas empat hektar di pekan Kuang sebagai ganti…kompleks itu kini dalam proses tender,” kata Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Beliau berkata demikian pada sidang berita selepas menghadiri pelancaran Briged Gempur Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor Padang Awam Kampung Setia oleh Pengerusi Barisan Nasional Selangor Tan Sri Noh Omar. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.