Watson Raih Mahkota WGC Match-Play

AUSTIN: Juara dua kali Masters, Bubba Watson memenangi Kejuaraan WGC Match-Play hari ini apabila menewaskan Kevin Kisner 7&6 pada final selepas menafikan Justin Thomas kedudukan nombor satu dunia pada separuh akhir.

Pemain berusia 39 tahun dari Amerika Syarikat itu menyertai Tiger Woods, Rory McIlroy, Phil Mickelson dan Ernie Els sebagai pemenang beberapa kejuaraan major dan WGC, mahkota WGC yang lain miliknya hadir di China pada HSBC Champions 2014.

Watson, pilihan ke-35, menang lima lubang pertama pada final dan tidak lagi memandang ke belakang untuk meraih gelaran ke-11 US PGA dan kedua pada tahun ini selepas menang bulan lalu di Riviera.

“Saya bermula dengan baik, memang benar-benar melakukannya,” kata Watson. “Hanya ada empat atau lima pukulan sepanjang minggu yang saya hilang fokus, ketika saya tidak dapat memberi perhatian.”

WATSON puas bersama trofi dimenangi. – Foto AFP

Kemenangannya bermula dengan permulaan Masters, kejuaraan major pertama yang dimenanginya pada 2012 dan 2014, menjelang 5 April Watson semakin yakin ketika dia akan ke Augusta National.

“Ia hadir apabila menyedari saya ada kekuatan untuk sekali lagi memukul bola dengan baik,” kata Watson. “Kekuatan fizikal, badan yang sihat, akan mencipta minda yang baik – anda akan ada keyakinan.”

Pada separuh akhir, Watson menewaskan pilihan kedua Thomas 3&2 dan pilihan ke-32 yang juga pemain Amerika Syarikat, Kisner menewaskan pemain Sweden, Alex Noren pada lubang ke-19 di Austin Country Club.

“Saya tidak melakukan kesilapan besar,” kata Watson. “Dan kemudian saya melakukan putt lebih awal. Anda ada peluang untuk mendahului. Saya bermain bagus dan dia tidak melakukan sebarang putt.” – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.