Pelancong Britain Parah Jatuh Gunung Mulu

MIRI: Seorang pelancong lelaki warga Britain, Nigel Bevan, 50, cedera parah pada kepala apabila terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu jam 9 malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, berkata pelancong itu yang sedang kritikal, cedera akibat terjatuh di laluan yang dikenali sebagai ‘Pinnacle Trail’ di Gunung Mulu.

“Usaha menurunkan mangsa oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Taman Negara Mulu dari puncak ke Camp 5 dapat dilakukan pada jam 6 pagi,” katanya di sini, hari ini.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bersama Pasukan SAR Mulu Park mengangkat Nigel Bevan di Puncak Pinnacle Trail, Taman Negara Mulu untuk dibawa menggunakan helikopter Bomba ke Hospital di Miri. – Foto Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Law berkata, Unit Udara Bomba yang berpangkalan di sini kemudiannya membawa mangsa mendapatkan rawatan pada 7.30 pagi ini diiringi seorang doktor dari Hospital Miri.

Ketua Polis Marudi, Deputi Superintendan Gabriel Risut ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.