Anak Perempuan Bekas Perisik Rusia Semakin Pulih

LONDON: Anak perempuan bekas perisik Russia yang diserang agen saraf dilaporkan semakin pulih dan tidak lagi berada dalam keadaan kritikal.

Keadaan Yulia Skripal, 33, itu disahkan pihak hospital di mana dia dan bapanya, Sergei Skripal, 66, dirawat sejak serangan 4 Mac lalu di Britain tetapi Sergei dilaporkan masih kritikal, namun dalam keadaan stabil.

Britain mempersalahkan Moscow atas serangan itu dan hubungan diplomatik Russia dengan beberapa negara Eropah terjejas teruk berikutan tragedi itu termasuk ada yang mengusir diplomat Russia dari negara masing-masing.

Dalam perkembangan terbaru, Russia membalas balik dengan pengusiran 60 diplomat Amerika Syarikat (AS) dari negara itu dan menutup pejabat Konsulat Jeneral Russia di Seattle, AS. – AFP.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.