Presiden PAOK Bawa Pistol Tengah Padang

ATHENS: Presiden kelab PAOK Salonika diharamkan tiga tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak oleh penganjur liga selepas merempuh masuk ke padang bersama pistol di tali pinggangnya.

PAOK juga dipotong tiga mata dan mendenda Ivan Savvidis 100,000 euro (RM475,800) euro di atas tindakannya selepas tamat perlawanan menentang AEK Athens.

Pasukannya kini berada di tangga ketiga dalam saingan sengit merebut trofi liga bersama AEK dan Olympiakos.

PAOK juga didenda 63,000 euro (RM299,763).

Savvidis pula akan membuat rayuan terhadap hukumannya.

“Tidak sepatutnya hukuman berat itu dikenakan terhadap saya. Kami masih yakin kepada keadilan,” katanya kepada media Greece.

Liga Greece bersambung esok selepas ditangguhkan pada 12 Mac lalu berikutan insiden membabitkan Savvidis. AEK kini kukuh di puncak liga dengan 57 mata, diikuti Olympiakos, 50 dan PAOK, 49.

Kelab juga bersetuju dengan permintaan kerajaan termasuk pemotongan mata dan penyingkiran automatik jika terbabit dengan keganasan.

Savvidis, 58, salah seorang ahli perniagaan terkaya di negara itu merempuh masuk ke padang pada minit ke-90 bagi membantah keputusan pengadil yang tidak membenarkan jaringan pemainnya ketika menentang pendahulu liga, AEK Athens.

Sementara itu, ketua jawatankuasa FIFA yang ditubuhkan untuk memantau bola sepak Greece, Herbert Hubel ketika membuat laporan mencadangkan Greece, juara Eropah 2014 diharamkan daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa. – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.