#PRU14: Bomba Periksa Pusat Mengundi, Pastikan Keselamatan

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 778 buah pusat mengundi di seluruh negara telah di periksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata sehingga hari ini pemeriksaan keselamatan kebakaran juga dilakukan ke atas 34 buah pusat penjumlahan undi.

Katanya, di seluruh negara terdapat 2,076 buah pusat mengundi dan 67 buah pusat penjumlahan undi, kini masih lagi terdapat 62 peratus (1,298 buah) pusat mengundi dan 49.3 peratus (33 buah) pusat penjumlahan undi yang masih belum diperiksa.

“Kita juga menunggu jika ada senarai akhir premis yang akan digunakan semasa PRU14 untuk kita membuat pemeriksaan dan selalunya sekolah atau dewan serba guna akan yang digunakan untuk pengiraan undi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan penganugerahan Pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.