Pengasas Habib Jewels Meninggal Dunia

GEORGETOWN: Pengasas Habib Jewels, Datuk Habib Mohamed Abdul Latif, 92, meninggal dunia di kediamannya di Jalan Pinhorn, dekat sini, jam 4.26 pagi tadi.

Cucunya, Mohd Shamir Hamid, 34, berkata Allahyarham meninggal dunia selepas dua minggu koma akibat terjatuh di bilik air rumahnya.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kapitan Keling selepas Zuhur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.