Najib Dijadual Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Pagi Ini

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak dilihat memasuki Perdana Putra bagi mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dijadualkan berlangsung pagi ini.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri itu kelihatan memasuki pekarangan bangunan Perdana Putra pada jam 8.40 pagi tadi.

KENDERAAN yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memasuki pekarangan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 8.40 pagi. – Foto Mohd Fadli Hamzah

Sebelum itu, turut kelihatan memasuki bangunan berkenaan ialah kenderaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mesyuarat Kabinet hari ini dipercayai mesyuarat terakhir jika Dewan Rakyat dibubarkan hari ini.

Kabinet dijadual bermesyuarat pagi ini dan bukan pada hari Rabu seperti minggu lalu. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.